Monday 17 October 2016

3 Tempat

Assalamualaikum 


Untuk post hari ini aku nak ceritakan 3 tempat yang aku memang teringin sangat nak pergi atau erti kata lain melancong. Pergi melancong ni mesti lah nak pergi dengan family kannn. Spend time gitu. Hehe. :) Salah satu tempatnya adalah Makkah. Nak cerita tempat ni actually bukan aku sorang je lah yang teringin nak pergi. Semua umat Islam kalau tanya memang semua nak pergi ke sana. Nak buat apa kat sana ? Ofcouse la nak tunaikan ibadah haji dan umrah. Kepada mereka yang dah pernah pergi tu memang beruntung sangat kerana diberi rezeki dan peluang yang awal. So, sekarang kena tunggu laa panggilan ke sana di samping usaha simpan duit. Ye la ingat percuma ke pergi sana. Lain la kalau ada yang sponsor. Haha.




Selalu juga dengar cerita-cerita orang. Kalau dengar memang tak jemu. Antara tempat yang diaoragn suka ceritakan bila panjat Jabal Rahmah. Dekat situ ada sejarahnya, di mana tempat pertemuan Adam AS dan isterinya Hawa. So bila dioarang pergi situ, masing-masing akan berdoa agar dipertemukan jodoh. Then, melawat gua hira'. Tempat apa tu ?? Emm, Dekat situ lah tempat Nabi Muhammad SWT diberi wahyu pertama dari Allah melalui malakat Jibril. Wahyu apa tu ?? Wahyu surah Al-Iqra' ayat 1-5. Surah yang menyarankan agar manusia membaca dan menuntu ilmu. Gua tu memang kecil. Kalau berdiri terhantuk kepala. Tak dapat nak imagine macam mana masa tu Nabi Muhammad duduk dalam tu.

Kalau cerita setiap tempat memang panjang ni. Hehe. Tu je laa yang aku boleh cerita. Anyway, I hope one day I will be there with my family. Aminn. InsyaAllah :)

Second Place - TURKI -

Aku teringin sangat nak pergi Turki ni satunya sebab banyak sejarah dekat sana. Turki adalah tempat di mana agama Islam tersebar luas sejak zaman Uthmaniyah. Pemimpin terunggul yang selalu ustas/ustazah ceritakan ialah Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah ke-7 kerajaan Uthmaniyyah.


Hadis Mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." 


(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
 
 Tempat-tempat menarik di Turki 

1. Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru

Masjid ini di bina pada tahun 1609 pada  zaman Uthmanyyah . Ia terletak di sekitar kawasan Sultanahmet. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofia yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di Istanbul.
Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar Turki. Uniknya masjid ini ia ada 6 menara ketika pada zaman tersebut semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Rekabentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam.
Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice. Tiada sebarang bayaran di kenakan kepada pengunjung masjid ini cuma ia tidak di buka kepada pelancong ketika waktu solat .Kenapa masjid ni di panggil masjid biru?? Rupanya ia di namakan masjid biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.

2. Haghia Sofia  

Haghia Sofia asalnya adalah sebuah gereja. Ketika Sultan Muhammed ke 11( Sultan Al Fateh )  menawan Constantinople ia menjadikan Haghia Sofia sebagai masjid. Sultan Al Fateh sendiri mengimamkan solat di masjid tersebut. Ketika Kamal Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, masjid ini di tukar kembali menjadi sebuah muzium.
Ada info yang saya jumpa bahawa ada dinding Haghia Sofia yang menunjukkan ciri-ciri agama Kristian yang telah di tutup oleh Sultan Al Fateh  ini telah di kopek semula. Ia bertujuan untuk menunjukkan asal binaan Haghia Sofia sebagai sebuah gereja.

3. Basilica Cistern