Monday 17 October 2016

3 Tempat

Assalamualaikum 


Untuk post hari ini aku nak ceritakan 3 tempat yang aku memang teringin sangat nak pergi atau erti kata lain melancong. Pergi melancong ni mesti lah nak pergi dengan family kannn. Spend time gitu. Hehe. :) Salah satu tempatnya adalah Makkah. Nak cerita tempat ni actually bukan aku sorang je lah yang teringin nak pergi. Semua umat Islam kalau tanya memang semua nak pergi ke sana. Nak buat apa kat sana ? Ofcouse la nak tunaikan ibadah haji dan umrah. Kepada mereka yang dah pernah pergi tu memang beruntung sangat kerana diberi rezeki dan peluang yang awal. So, sekarang kena tunggu laa panggilan ke sana di samping usaha simpan duit. Ye la ingat percuma ke pergi sana. Lain la kalau ada yang sponsor. Haha.




Selalu juga dengar cerita-cerita orang. Kalau dengar memang tak jemu. Antara tempat yang diaoragn suka ceritakan bila panjat Jabal Rahmah. Dekat situ ada sejarahnya, di mana tempat pertemuan Adam AS dan isterinya Hawa. So bila dioarang pergi situ, masing-masing akan berdoa agar dipertemukan jodoh. Then, melawat gua hira'. Tempat apa tu ?? Emm, Dekat situ lah tempat Nabi Muhammad SWT diberi wahyu pertama dari Allah melalui malakat Jibril. Wahyu apa tu ?? Wahyu surah Al-Iqra' ayat 1-5. Surah yang menyarankan agar manusia membaca dan menuntu ilmu. Gua tu memang kecil. Kalau berdiri terhantuk kepala. Tak dapat nak imagine macam mana masa tu Nabi Muhammad duduk dalam tu.

Kalau cerita setiap tempat memang panjang ni. Hehe. Tu je laa yang aku boleh cerita. Anyway, I hope one day I will be there with my family. Aminn. InsyaAllah :)

Second Place - TURKI -

Aku teringin sangat nak pergi Turki ni satunya sebab banyak sejarah dekat sana. Turki adalah tempat di mana agama Islam tersebar luas sejak zaman Uthmaniyah. Pemimpin terunggul yang selalu ustas/ustazah ceritakan ialah Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah ke-7 kerajaan Uthmaniyyah.


Hadis Mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." 


(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
 
 Tempat-tempat menarik di Turki 

1. Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru

Masjid ini di bina pada tahun 1609 pada  zaman Uthmanyyah . Ia terletak di sekitar kawasan Sultanahmet. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofia yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di Istanbul.
Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar Turki. Uniknya masjid ini ia ada 6 menara ketika pada zaman tersebut semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Rekabentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam.
Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice. Tiada sebarang bayaran di kenakan kepada pengunjung masjid ini cuma ia tidak di buka kepada pelancong ketika waktu solat .Kenapa masjid ni di panggil masjid biru?? Rupanya ia di namakan masjid biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.

2. Haghia Sofia  

Haghia Sofia asalnya adalah sebuah gereja. Ketika Sultan Muhammed ke 11( Sultan Al Fateh )  menawan Constantinople ia menjadikan Haghia Sofia sebagai masjid. Sultan Al Fateh sendiri mengimamkan solat di masjid tersebut. Ketika Kamal Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, masjid ini di tukar kembali menjadi sebuah muzium.
Ada info yang saya jumpa bahawa ada dinding Haghia Sofia yang menunjukkan ciri-ciri agama Kristian yang telah di tutup oleh Sultan Al Fateh  ini telah di kopek semula. Ia bertujuan untuk menunjukkan asal binaan Haghia Sofia sebagai sebuah gereja.

3. Basilica Cistern





Monday 26 September 2016

Life in Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Assalamualaikum guys ,

Aku merupakan pelajar KMNS for session 2016/2017. Sekarang ni masih Semester 1. Sebelum masuk ke KMNS memang dengar banyak cerita daripada kawan-kawan, dan sepupu sepapat masuk matrik memang susah nak survive. Tapi just think positive je la kan.. belajar kat mana-mana pun sama je.. Boleh survive ke tak boleh survive depends on diri kita. Apa yang penting niat tu kena betul..

For the first day, memang aku ye kan kata-kata orang, masuk matrik ni memang tak best.. Rasa macam sengsara juga.. Yela minggu orientasi kan.. Nak kena dengar arahan orang.. Buat itu buat ini.. kau rasa ?? Memang tak ada life betul masa tu.. bertapak kat surau lama-lama dengan tak mandinya.. hahaha.. Yang seronoknya untuk sesi yang aku masuk ni first day puasa, so memang sambut puasa kat KMNS.. Iftar berjemaah, sahur berjemaah, solat fardhu + sunat berjemaah.. semua laa berjemaah.. Pergi beli makanan pun berjemaah.. hehehe.. 

After seminggu orientasi, kehidupan aku dah macam zaman sekolah.. yang bezanya pakaian je and di matrik ada kuliah.. Bila aku dah rasa selesa dengan keadaan aku kat matrik, terutamanya cara belajar.. aku ignore kata-kata orang tu.. Yela , belajar kat matrik ni kena pandai uruskan masa dan mental.. Mula-mula kelas tu memang rasa seronok.. Yela, jumpa kawan baru, cikgu baru.. subtopik pun makin mendalamkan.. Semuanya indah je rasa masa tu.. Hahaha

Bila dah second month, third month.. baru tahu apa itu stress.. Nak kata kelas padat tu boleh laa.. ditambah lagi dengan kerja yang berlambak lambak (ecehh.. berlambak sgt haha) sampai satu tahap, masa tu memang tak akan rasa cukup.. waktu makan pun boleh ignore macam tu je sebab nak fokus siapkan kerja.. Bila tak siap memamg confirm laa kena marahkan.. Huhu.. Adat la tu kan.. dah nama pun student.. Tak stress bukan belajar namanya.. Semuanya pengalaman.. susah nak dapat moments macam ni.. bak kata orang pengalaman tu tidak boleh dibeli.. Kena hargai betul-betul.. Dah masuk alam pekerjaan nanti memang tak dapat dah rasa semua ni.. Waktu tu la akan rasa nak belajar balik.. 

PSPM untuk semester ni tinggal lagi 6 minggu je, so masing-masing tengah strunggle nak achieve 4 flat.. Macam-macam cara aku tengok rommates aku study.. Tu yang jadikan aku lagi semangat nak study.. Yela, dah semua study takkan aku nak dok melangok je.. ye dak ?? So, aku pun hari-hari motivate diri aku sendiri untuk terus bersemangat belajar dan terus belajar.. Jangan pernah putus asa.. Sekali gagal tak bermakna gagal selama-lamanya right ? Yang penting usaha, doa dan tawakal :) *Bila terasa diri nak tersasar berbalik semula kepada niat* OK bye !